BISNES 'MAIL ORDER' DENGAN INTERNET
Pada awal penglibatan di dalam bisnes internet, tidak terlintas
di fikiran saya untuk mengenali perniagaan “Mail Order”.
Memang saya akui bahawa ramai juga di antara usahawan
“Mail Order” (tempatan atau luar negara) mengaut keuntungan
yang banyak daripada bisnes ini. Tetapi saya tidak ambil kisah
sangat kerana saya fikir kedua-dua model perniagaan ini agak berbeza.
Yang satu menggunakan internet untuk memasar dan menghantar
produk (bisnes digital).
Yang satu lagi menggunakan kaedah konvensional untuk memasar
dan menghantar produk (mail order).
Namun, selepas diteliti dengan lebih mendalam, saya dapati ramai
usahawan internet yang berjaya mempunyai latar belakang perniagaan
yang berasaskan “mail order”. Ya, memang ramai juga usahawan internet
yang tidak mempunyai latar belakang bisnes berjaya dengan usaha
mereka tetapi bagi yang mempunyai latar belakang bisnes “direct response”
sebegini, kejayaan datang kepada mereka dengan lebih pantas.
Ini disebabkan mereka lebih memahami bagaimana model perniagaan
“direct response” berfungsi.
Jadi, tidak hairanlah usahawan seperti Dan Kennedy dapat menghasilkan
ribuan dollar setiap hari dengan mengaplikasikan apa yang telah beliau
ketahui di dalam bisnes “mail order” beliau di internet.
Mungkin Dan Kennedy tidak dikenali ramai di rantau ini (kecuali mereka
yang menjalankan perniagaan “mail order”) tetapi Halim Hazlin dan Mohd
Nizam boleh dijadikan contoh usahawan “mail order” yang telah berjaya.
Tetapi yang lebih menarik di sini ialah anda mungkin mengenali mereka
selepas terjumpa beberapa laman web yang mempromosikan produk yang
ditawarkan oleh Halim atau Nizam dan mereka menawarkan pakej yang
akan dihantar terus ke alamat rumah anda.
Jadi, tidakkah ini merupakan satu lagi cabang “mail order”?
Bagi pendapat saya, model bisnes sebegini boleh menjadi lebih efektif
daripada model perniagaan digital yang “konvensional” (beroperasi
sepenuhnya di internet). Ini disebabkan produk fizikal yang dijual
di internet, terutamanya produk informasi, dilihat sebagai mempunyai
nilai yang lebih tinggi berbanding produk digital.
Jika tidak percaya, biar saya gambarkan kepada anda.
Produk video rakaman sebuah seminar perniagaan internet di jual
di internet pada harga USD$97 dan video ini boleh ditonton secara
langsung melalui internet. Pada masa yang sama, produk ini juga ada
disediakan di dalam bentuk DVD yang mana ianya dijual pada harga
USD$197. Mungkin terdapat 12 DVD di dalam pakej ini dan ke semuanya
akan dihantar kepada anda jika anda membuat pesanan melalui internet.
Percaya atau tidak bahawa kedua-dua produk tersebut mempunyai kandungan
yang sama. Cuma pakejnya sahaja berlainan. Kos untuk mengeluarkan produk
DVD ini pun tidaklah semahal yang anda sangkakan tetapi anda akan rasakan
yang produk fizikal lebih “bermakna” kepada anda kerana anda sudah biasa
menilai produk fizikal sebelum ini.
Disebabkan produk fizikal terpaksa melalui beberapa proses lain seperti salinan
DVD dan pembungkusan, maka harga yang ditawarkan pun meningkat. Namun,
anda perlu ingat bahawa proses salinan dan pembungkusan juga merupakan
proses yang boleh diseragamkan. Maksudnya, apabila sistem salinan dan
pembungkusan DVD ini telah disempurnakan dengan baik, maka ianya tidak
menjadi masalah untuk mengeluar dan menghantar produk fizikal seperti DVD.
Akhir sekali, saya ingin nyatakan bahawa produk digital masih lagi mempunyai
pasaran yang besar tetapi, pada masa yang sama, jangan abaikan produk fizikal.
Belajar bagaimana perniagaan “mail order” boleh membantu anda di dalam
perniagaan internet yang anda jalankan.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun
2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran
beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan
pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih
ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.
Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali
Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













No comments:
Post a Comment